Showing posts with label gold. Show all posts
Showing posts with label gold. Show all posts

lagi kes penipuan / scam investment emas!

received this email from my unit trust consultant recently. it is about bank negara (bnm) reply on companies that are doing deposit taking scheme using gold investment as cover. felt the need to share this. so here goes..

p/s: mentang-mentanglah orang semakin ramai berminat untuk melabur dalam emas, ada saja geng-geng yang mengambil peluang yang terhidang. baca dan nilai sendiri.

---------- Forwarded message ----------
From: BNM Telelink <bnmtelelink@bnm.gov.my>
Date: 2011/10/12
Subject: RE: Pertanyaan berkenaan Genneva Sdn Bhd/ij
To: xxxxxxx

Tuan,
 
Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 10 Oktober 2011.
 
Kami mengambil maklum berhubung isu yang dibangkitkan oleh tuan mengenai urus niaga emas dan operasi syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva) dan syarikat-syarikat lain yang menjalankan urus niaga yang sama.
 
Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989. 
 
Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.
 
Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau  aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.
 
Berhubung dengan kenyataan Genneva bahawa:
 
"Syarikat telah mematuhi kesemua garispanduan dan telah mendapat kelulusan Bank di bawah Seksyen 21(1), ABIK. Kami juga adalah sebuah syarikat yang diklasifikasi di bawah Jadual Satu, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sebagai "institusi pelapor".
 
Untuk pengetahuan tuan, di bawah Seksyen 21(1), ABIK. institusi berjadual perlu memberi notis pemberitahuan kepada Bank berhubung aktiviti perniagaannya. Walau bagaimanapun, Bank tidak mengawalselia aktiviti-aktiviti syarikat tersebut. Untuk makluman juga, Genneva telah mengemukakan kepada Bank permohonan pertukaran nama syarikat memandangkan sebelum ini notis pemberitahuan adalah atas nama syarikat lain yang mana syarikat berkenaan telah diambil alih oleh Genneva. Berdasarkan kepada notis pemberitahuan yang telah dikemukakan, aktiviti yang dinyatakan adalah untuk menjalankan perniagaan pemajakan dan pemfaktoran. Berhubung urus niaga emas, Genneva tidak perlu mendapat kelulusan Bank kerana perniagaan tersebut bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank seperti yang dinyatakan sebelum ini.
 
Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.
 
Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:
 
     (i)             Laporan Tahunan Berodit
     (ii)            Memorandum dan Artikel Pertubuhan
     (iii)           Borang 49 - Senarai pengarah syarikat
 
Sebagai pelabur emas, tuan adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:
 
(i)            Sumber emas itu tersebut
(ii)           Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut
(iii)          Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut
(iv)          Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas
(v)           Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium
(vi)          Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur
(vii)         Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut
 
Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.
 
Terima kasih.
 
Kami amat menghargai sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.
 
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my 
 
Terima kasih.
 
Elizabeth
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: 
bnmtelelink@bnm.gov.my

teknik overlap emas pajak ar-rahnu dapat duit free!!!

ni cerita satu teknik manipulasi emas yang semakin popular. dapat duit free, sapa tak nak, ye tak? kena pulak dengan mentaliti orang kita yang memang jenis mudah percaya bila orang cerita pasal cepat kaya ni.

tapi betul ke teknik overlap emas ar-rahnu ni? ke tipu punya? ada kos-kos tersembunyi ke? kat bank ar-rahnu mana yang terbaik nak buat teknik overlap emas ni?

jeng jeng jeng. mari tengok kes study ni. kes ini melibatkan gadaian pertama di agro bank selama 10 bulan, sebelum overlap pertama dilakukan.



1. teknik overlap ini amat bergantung kepada kenaikan harga emas pada setiap kali overlap dibuat. seperti contoh di atas, selepas overlap sekali, dapat cash RM1,149.15. ini adalah duit bersih selepas ditolak segala hutang pada Gadaian Pertama. jadi kehebatan teknik ini bergantung kepada:

- perbezaan antara harga beli emas (PG, 1Gold, etc) dan harga emas ar-rahnu sewaktu gadaian.
- loan margin yang diberikan ar-rahnu
- upah simpan yang dikenakan oleh ar-rahnu
- kenaikan harga emas sewaktu overlap dilakukan

2. harus diingat bahawa selepas overlap dilakukan, walaupun mendapat duit cash seribu lebih, jumlah hutang kepada ar-rahnu juga bertambah. begitu juga jumlah upah simpan. jadi kalau harga emas jatuh atau mendatarrrr je, maka tergoleklah nak bayar balik bila tempoh gadaian sudah expire.

3. jadi amatlah penting pada waktu yang sama, duit yang diperolehi sewaktu Gadaian Pertama (RM12,474) digunakan untuk tujuan investment yang lain (main saham, trading emas, dan sebagainya). jangan pula digunakan untuk beli ipad2 pulak ye.

contoh kiraan kasar kalau disimpan di dalam asb, maka dapatlah (7% x 12,474) = RM873 setahun.

4. harga emas agro bank jarang diupdate, harga emas bank rakyat pula di update daily. jadi lagi senanglah nak ber-overlap di bank rakyat. boleh monitor harganya di ar-rahnu exchange.

5. comparison of loan margin and upah simpan charge between agro bank and bank rakyat ar-rahnu (as of today) adalah lebih kurang.


6. lokasi bank adalah penting supaya dapat timing untuk pergi overlap bila harga naik. juga untuk mengurangkan traveling cost untuk pergi overlap. kalau duduk kerteh nak gi overlap kat klang susahlah kan.

7. sekarang ar-rahnu dah tak terima gadaian gold bars or coins. so kalau nak buat teknik overlap kena guna barang kemas sahaja. mungkin dimasa akan datang ar-rahnu akan buka balik untuk gold bar. tapi tak tahu bila lah...

8. kalau tidak mampu untuk menebus emas selepas tamat tempoh, emas akan dilelong oleh ar-rahnu. lebihan harga lelongan selepas ditolak pinjaman, upah simpan and small management fee akan dikembalikan kepada customer.

9. advantage simpan kat ar-rahnu adalah emas tu selamat, emas tu verified by the tester berat and purity dia, dan kita dapat duit pajakan untuk disaurkan ke sumber2 lain. kalau setakat nak buy and hold emas, lebih baik simpan di safe deposit yang mana upah sewa jauh lebih murah dari upah simpan ar-rahnu.

kesimpulannya teknik ini amat bagus kalau betul2 menggunakan duit pinjaman itu untuk dikembangkan lagi, ditambah pula kalau harga emas terus naik dan naik macam sekarang.

Tu dia mahalnya emas!



today the gold price peaked at usd1900/ounce. i can see big smiles on faces of fellow gold investors. those who are on the sidelines can only watch with envy. maybe for them it's too late to start buying into gold. gold has peaked. harga emas akan jatuh...

or is it?

they will just have to wait and see...(just like they did a year ago).

kisah benar:
sebelum raya saya jual sekeping emas public gold 20g pada harga RM3,650 (murah betul jual harga kawan-kawan). saya beli pada harga RM2,856 pada bulan september 2010 (setahun yang lalu).

3,650 - 2,856 = RM794
(794 / 2,856) x 100 = 27.8% a year!

ini baru contoh 20g. bayangkan kalau investor emas tegar yang main kilo-kilo!!!

P/S: bertuah betul brader yg beli dari saya sebelum raya hari tu. dalam masa dua minggu dah boleh untung RM131 kalau dia jual balik emas dia dengan harga PG Buy hari ini (3,781 - 3,650).

pesanan penaja:
belilah sikit emas sebagai sebahagian portfolio. 10% pun dah cukup.

- Posted using BlogPress from my iPhone

ramai pulak jadi gold expert!



nak update pasal hong kong, tapi takde mood la pulak.

update pasal gold lah. riuh rendah geng2 emas lately, mana taknya last week price dia mencanak naik melepasi paras harga usd1,500. tersenyumlah mereka yang baru berjinak-jinak simpan sebahagian saving dalam bentuk gold. alhamdulillah.

kalau google pasal blog emas, bersepah2 orang main emas sekarang ni, dah jadi macam trend pulak. gold is no longer just part of investment portfolio. sekarang dah jadi business emas pulak. makin ramai jadi tokey emas.

yang offer harga dalam facebook pun ada jugak. punya laa fight sampai ada yg jual emas rendah lagi dari harga yang publish kat official website. huhuhu. competition among dealerlah ni rasanya. mungkin diorang jual stock lama yang diorang beli waktu harga rendah dulu2. terpulanglah strategi masing2.

product pulak makin banyak di pasaran, sampai dah tak sempat nak follow. ada demand, ada laa supply. contoh list emas jongkong yang ada dealer offer kat facebook:

Public Gold, Kijang Emas, GCP, Sri Ayu, Dinar/Dirham RESTU, Dinar/dirham KGT, Perth Mint, Snowflake Pink, Bungaraya, Pamp Suisse, Pamp Lady Fortuna, Sunshine Bar, Dinar Perak, Dinar Kelantan, Australian Nugget, Logam Mulia.

perggghhhh. dah jadi macam mutual funds la pulak...

satu lagi makin ramai pulak buat offer kelas gold investment. tiba2 jer ramai pulak claim 'expert'. siap ada offer yang memang menarik. ada "seminar manipulasi stok emas", "Bagaimana memulakan biz emas dgn modal RM000", "Financial Freedom with Gold". macam-macam ada..

dasyat2 betul marketing.

adakah sudah terlambat untuk menyertai band-wagon gold rush mania ini?

lu pikir la sendiri...

asb dividend 2010


3rd jan 2010. i went to the bank today and...... perrrgghhh. ramainya umat! semua dengan senyum berdebar menanti nak update buku. tahun 2010 pnb declared asb dividend of 7.5% and 1.25% bonus. this is a little bit higher than the previous year. ok ke? personally i think should be higher, but since tak terer economics, so tak nak aaa debate. let's hope that dividend declared for asb 2011 will be higher.

so what to do with the dividend? mine of course to purchase a gold bar. why? because of its price appreciation for 2010 (source: kitco.com). been reading a few publications that estimate the price could go up to usd2000/ounce in 2011. dulu2 waktu i first purchased gold in september, the estimated year end 2010 price was usd1500, lastly ended up around usd1420. ok lah estimate tu. total appreciation for 2010 was around 30%. my plan for gold this year is to purchase every quarter, to see the effect of cost averaging.



what a start to 2011!

public gold: demand kicks the supply ass..

wahh, last week PG officially stops taking new order for its gold bar. It seems like more and more people are into gold at the moment, probably realising the important of keeping some portion of their assets in this form. The price maintains its positive uptrend so far, hovering around usd1390/ounce. looks like the year end target of usd1500/ounce might just be a reality.


gold: break even dalam sebulan!!!

wahhh, this is beyond my expectation. the price of gold continues its upward trend, and still climbing. at this rate, the expectation of hitting 1500usd per ounce is possible at year end. currently the price is hovering around 1300usd per ounce.

anyway, the bar that i purchased (and pajak) before raya has reached its break even value today. hehehe, i'm happy!!!

purchase price on 4/9/10: rm2,876
selling price on 7/10/10: rm2,880

cerita emas...naik lagi!!!

kat khutbah or ceramah or kelas agama selalu dengar ustaz pesan ''sampaikanlah walau satu ayat"...

haa, ayat ni popular bagi geng2 yang invest in gold, especially tukang jual emas. so i share it here (dah meet requirement bahagian sharing dah ni):

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

anyway, been hooked into gold investment lately. actually dah lama follow and baca blog otai2 gold and forums and biz news on gold, tapi tak join2.


1. the price is at hictoric high. today hits 1300usd/ounce... and is estimated to continue climbing and possible to reach 1500usd/ounce (dok baca online publications about this). selalunya nak invest mesti tengok past record (mutual fund ke, apa ke). look at the 10 year gold price from kitco.com. appreciation averages more than 30% a year!

2. gold ni logam berharga yang tak luput ditelan zaman, difficult to be reproduced (hence cannot be devalued) and always in demand, anytime, anywhere. kalau movie harta karun, mesti pi carik emas. movie macam national treasure, fool's gold,the mummy, etc. majlis kahwin mesti ada emas punya. photog wajib ambil gambar cincin emas bila buat wedding photogpraphy.


3. gold ni cantek. ada 'power' dia sendiri. dia punya kilauan boleh menikam kalbu. pernah pegang 100g bar 24k? pergghh. meromang bulu roma. kalau 1kg? takleh nak bayang.

4. why public gold (pg)?


- certified company. ada register, ada lesen ngan bank negara untuk trading emas.
- easy to get and easy to sell (harga dah fixed kat website). agent dah bersepah2 kat malaysia ni. office diorang pun semakin banyak. if buy bank's product like emas kijang or uob bar, kena jual waktu office hour jer!
- locally produced. dapat anugerah malaysia book of record lagi. support local product!
- the bar will still be acceptable with scratches or dent. very important factor sebab bila gadai kat ar-rahnu, mesti calar punya kena spatula waktu test emas tu.
- can monitor the price online, the price is tied to the world price. changes every 20 minute. bila dah hit harga yg hendak, boleh call dan terus lock harga. bayar lambat sket takpe...
- bila jadi agen public gold, boleh belajar and practice ilmu trading emas.
- pg does not offer any investment scheme. so bukan beli emas dapat fixed income bulan2, bukan mlm, bukan ponzi, bukan apa. just jual beli emas!

sekian terima kasih. sapa2 nak beli or jual emas area kerteh, kemaman, paka, dungun, kota bharu (kl pun boleh) sila bagitau. harga boleh kawtim!

memasuki alam emas...

gold investment re-ignited!

purchased a 20g gold bar from publicgold using this year's company bonus. been reading about it for quite sometime. cash saving is on track as per target this year, so i'm trying to venture out to other things. mutual fund dah guna epf. nak proceed with new property, harga macam mengarut sangat... so main emas la pulak. kerajaan kelantan pun dah produce dinar and dirham. dengar cerita tak cukup stock ramai sangat orang booking!



side track: hari ni baru belajar guna technique "ctrl + j" function with photoshop, terus apply untuk gambar di atas.

sambung balik: this gold bar i 'pajak' at agro bank kemaman. the benefits:
1. safety. simpan kat rumah kang kena rompak padan muka.
2. verify the specs: the bank will test the weight and purity of the bar.
3. rolling duit laaa.

the bank will charge rm0.60 for every rm100 gold value for 'upah simpan' for period of six months. then they will give back duit pinjaman amounting up to 70% of the gold value, in cash. ikut suka laa nak buat apa ngan duit tu.

in my case:
cost with publicgold = rm2,876
marhun valued by agro bank = rm2,822
pinjaman at 70% = rm1,975
upah simpan 6 bulan = 101.59

so i took the pinjaman, put it back in saving. sapa2 yang pandai bisnes, dalam 6 bulan boleh dapat untung guna duit tu sebagai modal bisnes. then claim laa balik emas tu from the bank. untung dapat, emas pun dapat (harga appreciated lak tu). takpun buat bidding rumah...

after sometime (medium to long term laa), nilai emas naik, then redeem and sell. ada yang extreme and berani tu, amik duit, beli emas, gadai. then ulang balik berkali2... teknik rempit emas ni... hebat2.

takpe, kita start dulu, pelan-pelan kayuh.