ASB 2011 Dividend and Bonus

for 2011, ASB returns its investors with the following:

7.65% Dividend, 1.15% Bonus.

This is slightly higher dividend rate compared to year 2010 (7.5%).

lagi kes penipuan / scam investment emas!

received this email from my unit trust consultant recently. it is about bank negara (bnm) reply on companies that are doing deposit taking scheme using gold investment as cover. felt the need to share this. so here goes..

p/s: mentang-mentanglah orang semakin ramai berminat untuk melabur dalam emas, ada saja geng-geng yang mengambil peluang yang terhidang. baca dan nilai sendiri.

---------- Forwarded message ----------
From: BNM Telelink <bnmtelelink@bnm.gov.my>
Date: 2011/10/12
Subject: RE: Pertanyaan berkenaan Genneva Sdn Bhd/ij
To: xxxxxxx

Tuan,
 
Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 10 Oktober 2011.
 
Kami mengambil maklum berhubung isu yang dibangkitkan oleh tuan mengenai urus niaga emas dan operasi syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva) dan syarikat-syarikat lain yang menjalankan urus niaga yang sama.
 
Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989. 
 
Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.
 
Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau  aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.
 
Berhubung dengan kenyataan Genneva bahawa:
 
"Syarikat telah mematuhi kesemua garispanduan dan telah mendapat kelulusan Bank di bawah Seksyen 21(1), ABIK. Kami juga adalah sebuah syarikat yang diklasifikasi di bawah Jadual Satu, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sebagai "institusi pelapor".
 
Untuk pengetahuan tuan, di bawah Seksyen 21(1), ABIK. institusi berjadual perlu memberi notis pemberitahuan kepada Bank berhubung aktiviti perniagaannya. Walau bagaimanapun, Bank tidak mengawalselia aktiviti-aktiviti syarikat tersebut. Untuk makluman juga, Genneva telah mengemukakan kepada Bank permohonan pertukaran nama syarikat memandangkan sebelum ini notis pemberitahuan adalah atas nama syarikat lain yang mana syarikat berkenaan telah diambil alih oleh Genneva. Berdasarkan kepada notis pemberitahuan yang telah dikemukakan, aktiviti yang dinyatakan adalah untuk menjalankan perniagaan pemajakan dan pemfaktoran. Berhubung urus niaga emas, Genneva tidak perlu mendapat kelulusan Bank kerana perniagaan tersebut bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank seperti yang dinyatakan sebelum ini.
 
Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko terbabit dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.
 
Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:
 
     (i)             Laporan Tahunan Berodit
     (ii)            Memorandum dan Artikel Pertubuhan
     (iii)           Borang 49 - Senarai pengarah syarikat
 
Sebagai pelabur emas, tuan adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:
 
(i)            Sumber emas itu tersebut
(ii)           Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut
(iii)          Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut
(iv)          Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas
(v)           Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium
(vi)          Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur
(vii)         Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut
 
Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.
 
Terima kasih.
 
Kami amat menghargai sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.
 
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my 
 
Terima kasih.
 
Elizabeth
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: 
bnmtelelink@bnm.gov.my

perlaburan dinar iraq: betul ke tidak ni? apa kata bank negara.

mr saddam on old dinar iraq notes (wikipedia)

baru-baru ni riuh pulak pasal pelaburan dinar iraq. dulu dah panas, lepas tu sejuk, sekarang kembali hangat. bila baca blog-blog dan forum-forum kat alam maya ni memang teruja la jugak. dengar cerita kawan-kawan pun ramai dah beli dinar iraq ni. mana taknya pulangan berkali-kali ganda tu. terbaik dari ladang. kena molek boleh guna duit untung tu buat beli team epl satu.

tapi geng yang kata benda ni scam pun ada juga. diorang pun ada sebab-musabab dan hujah yang menolak pelaburan dinar iraq ni... jadi siapa yang betul?

aku pun saja gatal tangan gi email bank negara pasal dinar iraq. ni reply yang diterima:


====================================

Encik xxxxx,
 
Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 21 September 2011 mengenai perkara di atas.
 
Kami ingin berkongsi maklumat dengan tuan bahawa di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah menjadi satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Untuk makluman tuan, Bank Negara Malaysia tidak menyenaraikan Dinar Iraq sebagai salah satu mata wang pertukaran asing. Maklumat lanjut  boleh diperoleh melalui laman sesawang : http://www.bnm.gov.my/ . Orang ramai adalah dinasihatkan untuk berurusan secara terus dengan bank-bank tempatan di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan mata wang tersebut bagi mengelak daripada penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Harap maklum. 
 
Kami amat menghargai sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.
 
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my 
 
-yyyyyyy- 
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
E-mel: 
bnmtelelink@bnm.gov.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank.
CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.

=====================================



haaa, tu dia reply dari bank negara. general laa pulak ayat dia. takde laa pulak specificly cakap benda ni scam ke apa. maybe ayat aku tanya tak cukup clear kot.

p/s: nama penerima dan penghantar dah delete tu. rahsia.

so boleh la decide nak masuk ke tak pelaburan dinar iraq ni. itu keputusan masing-masing. kalau jadi benda ni, maka ramailah jutawan baru kat malaysia ni, yang dok kutuk selama ni pun meleleh laa air liur. kalau tak jadi pulak, yang dok kutuk akan cakap 'i told you so', yang masuk pelaburan ni burnt laa duit yang dah guna buat beli dinar iraq ni.

aku masuk ke idak? jeng jeng jeng...